21 Jan 2010

perasaan atau perasan

yes! hari ini ada juga aktiviti berfaedah yang boleh dilakukan setelah sewel dah naik ke kepala nih. pagi2 buta dah bangun sebab? sebab elektrik terputus! punya panas! adoi memang kacau daun punya rumah. rasa2 abah dah bayar bil elektrik dah.haih serius aku macam nak baling je katil aku. aku ingat mama saja nak tutup kipas tapi bila jenguk2 luar bilik takda orang bangun lagi pun. oo patutla! bilik mama and adik2 aku ada aircond! masih sejuk lagi wlaupun terputus elektrik. aku pun dengan nak mengamuk ni pegi turun bawah pastu tolak plak elektrik balik. bulk! ada elektrik balik! yeyeh tapi bila on the way nak masuk bilik, mama dah bangun sebab dengar bising2 ingat pencuri ke ape entah.

mama : heh, buat ape tu? terkejut mama ingat pencuri. bising

wani: ma? ma x sedar ke elektrik putus? -,-

mama : yeke? laaa. wani dah bangun kan?(tanya lagi?! -,-) pegi mandi terus ikot mama pegi antar adik2 sekolah!

wani : haaa? tapi wani nak tido balik ni :(

mama : heh, tak payah tido la lpas ni nak pergi jusco bukit tinggi jap

wani : ha? ok! :D


aku pun dengan semangat nya pegi mandi then siap2 ktorang pun bergerak ke aeon! dah sampai sana, aku jalan2 la tetibe ada mamat ni datang je nak bagi brochure. mama pun amek la. pastu entah apa dia bebel entah tetibe panggil akak! aku tgh menonong tengok tempat lain. ingat ke panggil sape rupanya dia panggil aku akak! akak? whats? wtf aku lagi muda dari kau kot! (cakap dalam hati) hmmm -,- terus aku ajak mama pegi tmpt lain. sheeeesh nyampah! perasaan aku ni dah menggelodak xde feel nak shopping lagi. haha wani! kau tu dah lapan belas ye! ingat! jangan perasan kau muda lagi -,- itu lah padah nya kau pegi curi dan pakai baju mak kau XD
-i hate you :D

No comments:

Post a Comment