19 Jan 2010
a day
setiap hari bangun dalam lingkungan 8 stgh pagi konon2 terus kemas katil dan jalan sikit untuk mencapai sehelai tuala. kemudian masuk dalam bilik air. apa yang aku lakukan dalam bilik air? umm,buka baju gosok gigi basuh muka gosok sana gosok sini sabun2 sikit then keluar dari bilik air.oo lupa nak bagitau lap badan dengan tuala dan balut! ya! selepas itu singgah kat cermin untuk menelek muka yang berseri2 lagi montel ni. baru lah membongkar baju yang ingin disarongkan. sudah lengkap syarat2nya untuk keluar dari bilik.keluarlah dan terus berjoging menurun tangga kat rumah kemudian mengangkat tudung saji untuk melihat makanan untuk dilahap. kemudian kelihatan mama menyapa dengan seruan tajam iaitu hai bangun2 tengok tv je! aku terus bangun dan berjalan ke arah dapur untuk membasuh pinggan yang berlonggok dalam sinki dan yang ditugaskan kepada aku untuk membereskannya. selepas itu tangan menggatal membuka peti sejuk yang padahal tiada apa pun. waktu tengahari controller televisyen sudah berada dalam genggaman ku untuk dipicit no 102 dan ya east of eden on air. sambil2 menonton masuk dapur dua tiga kali untuk menanak nasi dan memanaskan lauk. televisyen sudah menjadi hak aku lepas east of eden wanita hari ini corner of love dyesebel terus menerus. kemudian bukak komputer untuk melihat perkembangan terkini supaya otak tidak menjadi kecil. sehingga petang komputer tu lah yang aku mengadap.aku pun tatau apa yang aku tengok kat komputer tu. sudah petang enjin motor di-startkan dan bersedia untuk meronda2 kat taman perumahan semacam kerja meronda rumah2 orang pulak. ya, selepas itu balik ke rumah apabila gian sudah dilepaskan. mandi nanak nasi lagi. makan. tengok tv. tido. itulah kerja seharian apabila buku tidak lagi disentuh kan.menarik bukan? adakah saya bosan? anda rasa? tidak lah, x bosan pun cuma nak naik gila dah ni! ooh -...- love
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment